Sunday, May 6, 2007

Rabu 30 Rabiulawal 1428H

Firman Allah s. w. t. :

"Dan siapa yang ringan timbangannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami".
- al A'raaf : ayat 9

Sabda Rasulullah s. a. w. :

"Apabila kamu mendengar seruan (azan), maka ucapkanlah seperti yang diucapkan oleh tukang azan".
- Sahih. R. Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmidzi.


IMAM ASY SYAFIE (150 -240H / 717 - 820m)

Nama penuh beliau ialah Muhammad b. Idris Asy Syafie Al Quraisyi pengasas mazhab Syafie. Beliau dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150H bertepatan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah. Meskipun beliau dilahirkan dalam keadaan yatim dan dibesarkan dalam keluarga yang miskin, itu tidak menjadikan beliau merasa rendah diri apalagi malas. beliau begitu bersunggh-sungguh dalam mempelajari ilmu Hadis yang terdapat di Mekah ketika itu.

Pada usia yang masih kecil lagi beliau telah menghafal al Quran. Pada usianya 20 tahun beliau telah berguru dengan Imam Malik dalam ilmu Fiqh dan Hadis di Madinah. Seterusnya beliau pergi ke Iraq dan berguru dengan sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah wafat Imam Malik (179H) beliau berangkat ke Yaman untuk mengajar ilmu di sana. Selepas itu Khalifah Harun Ar Rasyid pula mengundang beliau untuk datang ke Baghdad.

Pada tahun 198H beliau pergi ke Mesir dan mengajar di Masjid Amru b. As. Kitab karangan beliau yang mahsyur ialah seperti Al Um, Amali Kubra, Kitab Risalah dan Usul Fiqh. Adapun dalam menyusun Kitab Usul Fiqh, Imam Syafie dikenali sebagai orang yang pertama mempelopori penulisan dalam bidang tersebut. Akhirnya beliau wafat di sana.

No comments: