PENGHUNI GUA AL KAHFI.
Pada zaman dahulukala ada 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah Ta'ala, sedang Raja Daqyanus yang memerintah pada waktu itu adalah seorang penyembah berhala. Kerana takut akan ancaman bunuh oleh raja itu makan pemuda-pemuda tersebutpun melarikan diri ke dalam sebuah gua yang tidak berapa jauh dari kota pmerintahan raja itu.
Dalam perjalanan itu, seekor anjing telah mengekori mereka dan anjing itu telah menjadi penjaga pntu gua tersebut. Lalu berehatlah mereka didalam gua itu lalu terus ditidurkan oleh Allah Ta'ala senyenyaknya tanpa mendengar sesuatu apa pun selama 309 tahun.
Sementara itu Raja Daqyanus telah lama meninggal dan digantikan dengan seorang raja baru yang beriman kepada Allah Ta'ala. Suatu hari datanglah seorang pengembala kambing lalu mengetuk dinding gua tersebut untuk dijadikan kandang kambingnya. Kehadirannya ini menyedarkan kesemua pemuda yang tertidur tadi.
Bertanyalah seorang dari pemuda tersebut; "Berapa lama kita telah tidur di sini ?" Jawab salah seorangnya;"Sehari atau setengah hari, Allah sahaja yang maha mengetahui berapa lama kita tidur."
Lalu keluarlah seorang dariada mereka menuju ke bandar untuk membeli makanan, dengan berhati-hati dan menggunakan wang keluaran Raja Daqyanus. Apabila peniaga melihat wang tersebut, ia segera membawanya berjumpa kepada raja dan raja pun menyoal asal-usul mereka.
Setelah itu, raja sendiri datang ke gua tersebut untuk melihat sendiri peristiwa ganjil yang telah diceritakan oleh mereka. Raja amat takjub kerana raja Daqyanus telah meninggal 300 tahun yang lalu dan ini bermakna semua pemuda terdebut telah tertidur di dalam gua itu selama 300 tahun lebih.
Allah maha berkuasa untuk mematikan dan menghidupkan sesiapa pun yang ia kehendaki dan cerita ini adalah sebagai bukti yang diceritaklan dalam Al- Qurandan terdapat pada surah Al Kahfi.
Setelah pemuda-pemuda itu mengucapkan selamat sejahtera kepada raja, merekapun diwafatkan oleh Allah Ta'ala untuk selama-lamanya.
-sekadar untuk renungan bersama.
No comments:
Post a Comment