Thursday, May 24, 2007

Jumaat 16 rabiulakhir 1428H

AL WAJAJID - Bacalah sebanyak yang terdaya agar mempunyai keperibadian yang tinggi dan teguh.

MALAIKAT PUN BERTENGKAR ?

Cerita yang dipetik dari Rasulullah s. a. w. katanya, "Ada seorang umat sebelum kamu yang telah membunuh sebanyak 99 orang. Setelah itu timbul penyesalan dan keinsafan pada dirinya lalu iapun pergi berjumpa dengan seorang alim unutk mengetahui akan kesudahan nasibnya."

Jawab tuan guru itu; "Tidak ada taubat bagimu, perbuatanmu itu telah melampaui batas."

Kerana kecewa mendengar keputusan yang demikian lalu dibunuhnya pula tuan guru ini. pergi pula ia kepada tuan guru yang lain dan memberitahu akan perbuatannya yang telah membunuh 100 orang serta ingin mengetahui akan kesudahan nasibnya.

Jawab tuan guru yang kedua, "Aku sendiri tidak tahu akan kedudukanmu dan Allahlah yang berhak mengadilinya. Adalah lebih baik jika kamu pergi ke tempat yang bernama Busra yang mana penduduknya terdiri dari mereka yang beriman dan taat kepada Allah. Bila berada di sini kamu tidak perlu risau taubat kamu akan diterima atau tidak.
Ataupun kamu boleh juga pergi ke tempat yang bernama Kafrah di mana penduduknya terdiri dari mereka yang suka membuat maksiat serta amalan ahli neraka."

Pergilah lelaki itu menuju kedua tempat tadi. Dalam perjalanan tiba-tiba ajalnya datang maka matilah ia diantara dua persimpangan tersebut.

Turunlah malaikat Rahmat dan malaikat Azab dan sama-sama bertengkar untuk mengambil lelaki itu. lalu pengadilan dibawa kepada Allah. maka Allah memerintah kedua malaikat itu pergi mengulur jarak dua persimpangan di antara Busra dan Kufrah. Setelah diukur, maka didapati lelaki itu mati jaraknya lebih dekat dengan Busra dan kadarnya hanya lebih sejengkal dari Kafrah. Maka malaikat Rahmat pun mengambilnya dan masuklah ia ke dalam golongan orang yang diberi keampunan.

Begitulah betapa besarnya nikmat Allah serta kasih sayangNya terhadap hamba-hambanya, jadi kenapa kita masih mahu menunggu hingga hari esok.

No comments: