Sunday, May 27, 2007

Isnin 19 Rabiulakhir 1428H



view inside masjidilharam.....

Thursday, May 24, 2007

Ahad 18 Rabiulakhir 1428H

Firman Allah s.w.t :
"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepadaNya, dan ketahuilah bahawa Allah maha Pengampun lagi Maha Penyantun".
- Al Baqarah : ayat 235.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Lengkapkanlah saf yang depan, lalu (saf) yang berikutnya, maka kalau ada yang kurang hendaklah itu dari saf yang akhir".
-sahih, riwayat Ahmad, Abu Dawud, Nasaai, Ibnu Hibban, Ibnu Huzaimah dan Diiyaa.

Sabtu 17 rabiulakhir 1428H

AL MUSHAWWIR - untuk memperolehi anak; isteri haruslah puasa 7 hari (ahad ke sabtu); suami 3 hari; berbuka dengan air sejuk yang dibaca nama ini 21 kali; jika berjimak bacalah 10 kali.

"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan diri (iddah) empat bulan sepuluh hari"
- al Baqarah : Ayat 234

Jumaat 16 rabiulakhir 1428H

AL WAJAJID - Bacalah sebanyak yang terdaya agar mempunyai keperibadian yang tinggi dan teguh.

MALAIKAT PUN BERTENGKAR ?

Cerita yang dipetik dari Rasulullah s. a. w. katanya, "Ada seorang umat sebelum kamu yang telah membunuh sebanyak 99 orang. Setelah itu timbul penyesalan dan keinsafan pada dirinya lalu iapun pergi berjumpa dengan seorang alim unutk mengetahui akan kesudahan nasibnya."

Jawab tuan guru itu; "Tidak ada taubat bagimu, perbuatanmu itu telah melampaui batas."

Kerana kecewa mendengar keputusan yang demikian lalu dibunuhnya pula tuan guru ini. pergi pula ia kepada tuan guru yang lain dan memberitahu akan perbuatannya yang telah membunuh 100 orang serta ingin mengetahui akan kesudahan nasibnya.

Jawab tuan guru yang kedua, "Aku sendiri tidak tahu akan kedudukanmu dan Allahlah yang berhak mengadilinya. Adalah lebih baik jika kamu pergi ke tempat yang bernama Busra yang mana penduduknya terdiri dari mereka yang beriman dan taat kepada Allah. Bila berada di sini kamu tidak perlu risau taubat kamu akan diterima atau tidak.
Ataupun kamu boleh juga pergi ke tempat yang bernama Kafrah di mana penduduknya terdiri dari mereka yang suka membuat maksiat serta amalan ahli neraka."

Pergilah lelaki itu menuju kedua tempat tadi. Dalam perjalanan tiba-tiba ajalnya datang maka matilah ia diantara dua persimpangan tersebut.

Turunlah malaikat Rahmat dan malaikat Azab dan sama-sama bertengkar untuk mengambil lelaki itu. lalu pengadilan dibawa kepada Allah. maka Allah memerintah kedua malaikat itu pergi mengulur jarak dua persimpangan di antara Busra dan Kufrah. Setelah diukur, maka didapati lelaki itu mati jaraknya lebih dekat dengan Busra dan kadarnya hanya lebih sejengkal dari Kafrah. Maka malaikat Rahmat pun mengambilnya dan masuklah ia ke dalam golongan orang yang diberi keampunan.

Begitulah betapa besarnya nikmat Allah serta kasih sayangNya terhadap hamba-hambanya, jadi kenapa kita masih mahu menunggu hingga hari esok.

Khamis 15 Rabiulakhir 1428H

Disunatkan berpuasa.






















Allah s. w. t. berfirman :

"Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat kami."
- al A'raaf ; ayat 51.


Rasulullah s. a. w bersabda :

"Apabila kamu berpuasa hindarilah dari berkata kotor dan perbuatan yang bodoh. Jika kamu dimaki hamun atau diajak berkelahi maka katakanlah, "Sesungguhnya aku berpuasa."
- Sahih. Riwayat malik, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah.

Rabu 14 Rabiulakhir 1428H

PENGHUNI GUA AL KAHFI.

Pada zaman dahulukala ada 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah Ta'ala, sedang Raja Daqyanus yang memerintah pada waktu itu adalah seorang penyembah berhala. Kerana takut akan ancaman bunuh oleh raja itu makan pemuda-pemuda tersebutpun melarikan diri ke dalam sebuah gua yang tidak berapa jauh dari kota pmerintahan raja itu.

Dalam perjalanan itu, seekor anjing telah mengekori mereka dan anjing itu telah menjadi penjaga pntu gua tersebut. Lalu berehatlah mereka didalam gua itu lalu terus ditidurkan oleh Allah Ta'ala senyenyaknya tanpa mendengar sesuatu apa pun selama 309 tahun.

Sementara itu Raja Daqyanus telah lama meninggal dan digantikan dengan seorang raja baru yang beriman kepada Allah Ta'ala. Suatu hari datanglah seorang pengembala kambing lalu mengetuk dinding gua tersebut untuk dijadikan kandang kambingnya. Kehadirannya ini menyedarkan kesemua pemuda yang tertidur tadi.

Bertanyalah seorang dari pemuda tersebut; "Berapa lama kita telah tidur di sini ?" Jawab salah seorangnya;"Sehari atau setengah hari, Allah sahaja yang maha mengetahui berapa lama kita tidur."

Lalu keluarlah seorang dariada mereka menuju ke bandar untuk membeli makanan, dengan berhati-hati dan menggunakan wang keluaran Raja Daqyanus. Apabila peniaga melihat wang tersebut, ia segera membawanya berjumpa kepada raja dan raja pun menyoal asal-usul mereka.

Setelah itu, raja sendiri datang ke gua tersebut untuk melihat sendiri peristiwa ganjil yang telah diceritakan oleh mereka. Raja amat takjub kerana raja Daqyanus telah meninggal 300 tahun yang lalu dan ini bermakna semua pemuda terdebut telah tertidur di dalam gua itu selama 300 tahun lebih.

Allah maha berkuasa untuk mematikan dan menghidupkan sesiapa pun yang ia kehendaki dan cerita ini adalah sebagai bukti yang diceritaklan dalam Al- Qurandan terdapat pada surah Al Kahfi.

Setelah pemuda-pemuda itu mengucapkan selamat sejahtera kepada raja, merekapun diwafatkan oleh Allah Ta'ala untuk selama-lamanya.

-sekadar untuk renungan bersama.

Selasa 13 Rabiulakhir 1428H

Allah s. w. t. berfirman :



"Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga ; "Berilah kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu". Mereka (penghuni syurga) menjawab : "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir."

- al A'raaf : ayat 50.



Sabda Rasulullah s. a. w :



"Hendaklah kamu memuliakan rambutmu."

-Sahih. Riwayat Abu Dawud dan Baihaqi.






Isnin 12 Rabiulakhir 1428H


Allah s. w. t. berfirman :


"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga: mereka kekal di dalamnya."

- al A'raaf : ayat 42.


Rasulullah s. a. w bersabda :


"Apabila anak Adam membaca (surah) sajdah lalu sujud, syaitan menangis sambil berkata: "Alangkah celakanya, anak Adam memperolehi syurga dan aku memperolehi neraka."

- sahih. R. Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah



Sunday, May 20, 2007

Ahad 11 Rabiulakhir 1428H

Firman Allah S.W.T;
"Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak akan dapat membela orang lain, walau sedikitpun"
al-Baqarah, ayat 48

Nabi s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang minta kepada Allah untuk mati syahid dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan menyampaikannya ke tingkat orang mati syahid, meskipun ia mati di atas tempat tidurnya."

-hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, Attirmidzi, Annasa'i dan ibn Majah

Sabtu 10 Rabiulakhir 1428H

AL QAYYUUM - Baca 1000 kali "Yaa Hayuu Yaa Qayyuum" agar memperolehi kekayaan yang berkat, disukai orang yang berwibawa.

Allah s. w. t. berfirman :

"Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka). Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim."
- al A'raaf : ayat 41.

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Apabila kamu bangun solat di waktu malam hendaklah ia menggosok gigi, kerana apabila ia membaca di dalam solatnya (ada) malaikat yang meletakkan mulutnya di atas mulut kamu dan setiap apa yang keluar dari mulutmu akan masuk ke dalam mulut malaikat itu."
-Sahih. R. Baihaqi, Tamam dan Diyya.

Jumaat 9 Rabiulakhir 1428H

AL HAYYU - Dialah Zat yang hidup dan akan kekal abadi.

Allah s. w. t. telah berfirman :

"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang berbual dusta terhadap Allah atau mendustakan ayat-ayat Nya ? Orang-orang itu akan memperoleh bahagian yang telah ditentukan untuknya dalam Kitab (Lauh Mahfuzh)."
-al A'raaf : ayat 37.

Rasulullah s. a. w. bersabda:

"Apabila salah seorang kamu marah ketika berdiri, hendaklah ia duduk, jika tidak hilang (marah)nya hendaklah ia berbaring."
- Sahih. R. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Hibban.

Khamis 8 Rabiulakhir 1428H

Disunatkan berpuasa.

Allah s. w. t. telah berfirman kira-kira bermaksud:

"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."
-al A'raaf : ayat 36.

Sabda Rasulullah s. a. w.:

"Apabila engkau telah membuat kejahatan maka ikutilah dia (dengan) kebaikan (amal soleh) ia akan menghapuskannya (dosa)."
- Sahih. R. Ahmad.

APA YANG MENCANTIKKAN WAJAH ?

Al Ahnaf b. Qais tergolong dalam golongan ulama yang terkenal di zaman hidupnya. pada suatu hari datang seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutama oleh anak-anak murid dan sahabat handainya. mereka yang datang itu adalah untuk berguru dan menuntut ilmu dari beliau. Walaubagaimanapun kedatangan pemuda dari suku Tai'yi ini amatlah menarik perhatian Al Ahnaf. pemuda ini sangat segak dan tampan berbeza dari pemuda yang sebaya dengannya.

Lalu Ahnafpun bertanya,
"Wahai anak muda ! Adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu ?

Jawab pemuda,
"Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu jika bercakap saya tidak pernah berbohong. Kalau ada orang yang sedang bercakap saya hanya duduk diam dan mendengar. Jika saya berjanji, akan saya tepati janji dan jika saya diberi sesuatu amanah, saya tidak mengkhianatinya."

Mendengar jawaban yang bernas itu, maka berkatalah Ahnaf,
"Benar akan kata-katamu itu wahai anak muda, sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak mulia."

Wednesday, May 16, 2007

Rabu 7 Rabiulakhir 1428H

Masjid Penyengat di Bintan



Selasa 6 Rabiulakhir 1428H

Firman Allah s. w. t.:

"Maka batrang siapa yang bertakwa dan mengadakan kebaikan, tidaklah ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati".
-al A'raaf : ayat 35.

Sabda Rasulullah s. a. w.:

"Apabila salah seorang kamu bersin lalu mengucapkan "Alhamdulillah", maka sahutilah dia, dan jika dia diam maka diamlah kamu".
- Sahih. R. Ahmad, Bukhari dan Muslim.

Isnin 5 Rabiulakhir 1428H

-Di sunatkan berpuasa.

Firman Allah s. w. t. :

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (kejayaan/keruntuhan); maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (plua) memajukannya".
- al A'raaf: ayat 34.

Sabda Rasulullah s. a. w.:

"Apabila telah terang-terangan zina dan riba di suatu negeri maka mereka telah mengharuskan siksaan Allah pada diri mereka."
- Sahih. R. Thabraani

Ahad 4 Rabiulakhir 1428H

Firman Allah s. w. t :

"Di bumi ini kamu hidup dan di bumi ini kamu mati, dan di bumi ini (pula) kamu akan dibangkitkan".

- al A'raaf: ayat 25

Sabda rasulullah s. a. w. :

"Jika engkau (ingin) berpuasa tiga (hari ) dalam sebulan maka berpuasalah pada (tanggal-tanggal): tiga belas, empat belas dan lima belas".

-Sahih. R. Ahmad, Tirmidzi, Nasaai dan Ibnu Hibban.

Sabtu 3 Rabiulakhir 1428H

AL MUMIIT - Baca sebanyak mungkin selepas habis solat agar dilancarkan segala usaha yang dijalankan.

Allah s. w. t telah berfirman, kira bermaksud:

"Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka : "Bukankah aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu ini dan Aku katakan kepadamu, "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua ?"
- al A'raaf: ayat 22.

Sabda Rasulullah s. a. w, bermaksud:

"Apabila perempuan telah solat lima (waktu)nya, berpuasa bulan (Ramadan)nya, menjaga farajnya dan telah mentaati suaminya (tentu) ia masuk syurga".
-Sahih. R. Bazzar, Ahmad dan Thabraani.

Sunday, May 6, 2007

Jumaat 2 Rabiulakhir 1428H


AL MUHYIY - baca 58 kali agar dimuliakan darjat di dunia dan di akhirat.....

Firman Allah s. w. t. :

"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu ?" menjawab Iblis: "Saya lebih baik daripadanya; Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".
- al A'raaf : ayat 12.

Sabda Rasulullah s. a. w. :

"Jika sesuatu daerah itu dilanda wabak janganlah kamu memasukinya, tetapi jika wabak itu melanda sedangkan kamu berada di dalamnya maka janganlah kamu keluar kerana lari dari (penyakit) itu".
-Sahih. R. Ahmad, Bukhari dan Muslim.



Khamis 1 Rabiulakhir 1428H

Disunatkan berpuasa.

Allah s. w. t. berfirman:

"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur".
- al A'raaf : ayat 10

Sabda Rasulullah s. a. w. :

"Apabila mendengar suara ayam jantan, mohonlah kepada Allah dari kelebihanNaya, kerana ayam itu melihat malaikat dan jika mendengar suara keldai maka bacalah: "A'uudzu billahi minasyaithanir rajim", kerana dia melihat syaitan."
- Sahih. R. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Tirmidzi.

Rabu 30 Rabiulawal 1428H

Firman Allah s. w. t. :

"Dan siapa yang ringan timbangannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami".
- al A'raaf : ayat 9

Sabda Rasulullah s. a. w. :

"Apabila kamu mendengar seruan (azan), maka ucapkanlah seperti yang diucapkan oleh tukang azan".
- Sahih. R. Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmidzi.


IMAM ASY SYAFIE (150 -240H / 717 - 820m)

Nama penuh beliau ialah Muhammad b. Idris Asy Syafie Al Quraisyi pengasas mazhab Syafie. Beliau dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150H bertepatan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah. Meskipun beliau dilahirkan dalam keadaan yatim dan dibesarkan dalam keluarga yang miskin, itu tidak menjadikan beliau merasa rendah diri apalagi malas. beliau begitu bersunggh-sungguh dalam mempelajari ilmu Hadis yang terdapat di Mekah ketika itu.

Pada usia yang masih kecil lagi beliau telah menghafal al Quran. Pada usianya 20 tahun beliau telah berguru dengan Imam Malik dalam ilmu Fiqh dan Hadis di Madinah. Seterusnya beliau pergi ke Iraq dan berguru dengan sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah wafat Imam Malik (179H) beliau berangkat ke Yaman untuk mengajar ilmu di sana. Selepas itu Khalifah Harun Ar Rasyid pula mengundang beliau untuk datang ke Baghdad.

Pada tahun 198H beliau pergi ke Mesir dan mengajar di Masjid Amru b. As. Kitab karangan beliau yang mahsyur ialah seperti Al Um, Amali Kubra, Kitab Risalah dan Usul Fiqh. Adapun dalam menyusun Kitab Usul Fiqh, Imam Syafie dikenali sebagai orang yang pertama mempelopori penulisan dalam bidang tersebut. Akhirnya beliau wafat di sana.