Wednesday, January 2, 2008

Isnin 14 Zulhijjah 1428h

.....disambung.....

- Untuk menghidupkan sunnah Nabi dan Rasul.

Setiap Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah ke muka bumi ini mempunyai tugas penting iaitu mengerjakan, mendidik dan membina umat Islam untuk mentauhidkan Allah. Oleh itu, melaksanakan ibadah korban adalah sunnah nabi dan Rasul yang mulia.

Firman Allah yang bermaksud:

"Tidaklah Kami utuskan seorang Rasul sebelum kamu (Muhammad) melainkan Kami mewahyukan kepadanya, bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah Aku." - al-Anbiya, ayat 25

Sabda Rasulullah s. a. w, yang bermaksud:

"Dari Zaid bin Arqam : Aku bertanya, Ya Rasulullah, apakah udhiyah itu (korban aidil adha). Sabda Rasulullah : Sunah ayahmu Ibrahim." -riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.

- Untuk melahirkan ihsan sesama manusia.

Konsep ihsan dalam Islam dapat dilahirkan melalui pelaksanaan ibadah korban adalah berbuat baik kepada manusia yang berasaskan iman dan takwa kepada Allah.

Firman Allah s. w. t yang bermaksud:

"Dan berbuat baiklah kamu kerana sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik." - al-Baqarah, ayat 195

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:

"Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya dan sekiranya engkau tidak melihatnya maka Ia (Allah) melihatmu." - riwayat Bukhari dan Muslim.

Sesungguhnya dengan melaksanakan ibadah korban akan mendapat balasan kebajikan dan ganjaran yang besar daripada Allah dengan kemurahan dan kemulaiaanNya. Oleh itu bagi setiap muslim yang berkemampuan hendaklah sebaik-baiknya mempergunakan kesempatan dengan membelanjakan harta melaksanakan ibadah korban dengan penuh keikhlasan kerana ianya akan mendatangkan pahala dan ganjaran yang amat bernilai di sisi Allah di akhirat kelak. Dalam sebuah hadis Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:

"Korban itu untuk yang membuatnya dibalas oleh Allah dengan pahala setiap helai bulu satu kebajikan." - riwayat Ibnu Majah.

Sekian.

No comments: