Sunday, January 13, 2008

Jumaat 25 Zulhijjah

PETIKAN KATA-KATA BERIKTIBAR.

Tanda-tanda Taubat Diterima Allah.

Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat, “Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak ?” Maka jawabnya,”Ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu;

- Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada

dosa-dosa yang masih belum terhakis.

- Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh dari mendekati mereka yang fasik.

- Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

- Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

- Sungguhpun sedikit rezeki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak tetapi walaupun banyak amal untuk akhirat yang telah dikerjakannya ia tetap melihatnya sedikit.

- Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

No comments: