Sunday, January 27, 2008
Monday, January 21, 2008
Sunday, January 20, 2008
Khamis 1 Muharram 1429H
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjFDYCY7jnGdCxDeDcMUIHl1XC5OHHK20PvtmwZP86rYI2F-X_rvQnkXFxRH5RDYCZw3XEP_sFWN9HYUXcXVlXPPYldluzbeyESk9prMgypDuOQli6Vl5HJzT5QeozgLB1X1IVfUmk7AXu/s400/240329208_aa75a3cba2_b.jpg)
Saturday, January 19, 2008
Rabu 30 Zulhijjah 1428H
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhj27Brh1v9-vdJycfvxKehs_Y86m0j7NwS2rMyZAco3mpI7L9AEfAPlq7Vm-YPzkhptJKNLAZN8PkMofdAkbB-ZMd30U0SJZMNIAS56L5N-G8ZEmipFVAQdOoQarZQJQgpj3kjn7zstzuS/s400/Doa.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpGNSRPPT6FRl9CvuN1VuQBNbOClMgGRq_AWmIS3H231oaKZpH17CNrdjL1NKteZh3dfOPGRE0wboJaQ2i4U87Ig23jiIxuTxewlgFqugOPxNdLyrCrSM-dAZSMSbMjIKv5QYQ_RptGB7n/s400/doa13rr.jpg)
Amalan Sunat Dalam Bulan Muharram.
- Tanggal 10 Muharram disunatkan berpuasa (puasa Asyura
- Dalam bulan Muharram disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin
- Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
- Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka
- Membanyakkan bacaan zikir dan selawat
- Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim pada hari itu maka seolah-olah ia telah berlaku baik kepada semua anak yatim
- Sesiapa yang menziarahi orang sakit pada hari itu maka seolah-olah ia telah menziarahi semua orang-orang yang sedang sakit
- Sesiapa yang mandi dan membersihkan dirinya pada hari itu maka nescaya ia tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati
- Sesiapa yang memberi minum pada hari itu maka ia akan diberikan oleh Allah seteguk minuman pada hari kiamat kelak dan dengan seteguk air itu ia tidak akan haus untuk selama-lamanya
- Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta kepadanya selama hidupnya
Sunday, January 13, 2008
Sabtu 26 Zulhijjah
Petikan dari kata-kata Sayidina Abu Bakar r. a. yang bermaksud, “ Orang-orang yang terlalu bakhil mereka akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan ini, iaitu;
2. Allah akan menimpa ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir, tenggelam dalam tanah dan sebagainya.
3. Setelah ia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi oleh mereka-mereka yang akan mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran.
4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.
5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya lagi.
6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak mengakibatkan hartanya sendiri musnah.
7. Allah s. w. t. meninggikan syahwatnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan hartanya.
Jumaat 25 Zulhijjah
PETIKAN KATA-KATA BERIKTIBAR.
Tanda-tanda Taubat Diterima Allah.
Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat, “Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak ?” Maka jawabnya,”Ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu;
- Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada
dosa-dosa yang masih belum terhakis.
- Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh dari mendekati mereka yang fasik.
- Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
- Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
- Sungguhpun sedikit rezeki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak tetapi walaupun banyak amal untuk akhirat yang telah dikerjakannya ia tetap melihatnya sedikit.
- Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.
Tuesday, January 8, 2008
Sunday, January 6, 2008
Wednesday, January 2, 2008
Isnin 14 Zulhijjah 1428h
- Untuk menghidupkan sunnah Nabi dan Rasul.
Setiap Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah ke muka bumi ini mempunyai tugas penting iaitu mengerjakan, mendidik dan membina umat Islam untuk mentauhidkan Allah. Oleh itu, melaksanakan ibadah korban adalah sunnah nabi dan Rasul yang mulia.
Firman Allah yang bermaksud:
"Tidaklah Kami utuskan seorang Rasul sebelum kamu (Muhammad) melainkan Kami mewahyukan kepadanya, bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah Aku." - al-Anbiya, ayat 25
Sabda Rasulullah s. a. w, yang bermaksud:
"Dari Zaid bin Arqam : Aku bertanya, Ya Rasulullah, apakah udhiyah itu (korban aidil adha). Sabda Rasulullah : Sunah ayahmu Ibrahim." -riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.
- Untuk melahirkan ihsan sesama manusia.
Konsep ihsan dalam Islam dapat dilahirkan melalui pelaksanaan ibadah korban adalah berbuat baik kepada manusia yang berasaskan iman dan takwa kepada Allah.
Firman Allah s. w. t yang bermaksud:
"Dan berbuat baiklah kamu kerana sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik." - al-Baqarah, ayat 195
Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
"Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya dan sekiranya engkau tidak melihatnya maka Ia (Allah) melihatmu." - riwayat Bukhari dan Muslim.
Sesungguhnya dengan melaksanakan ibadah korban akan mendapat balasan kebajikan dan ganjaran yang besar daripada Allah dengan kemurahan dan kemulaiaanNya. Oleh itu bagi setiap muslim yang berkemampuan hendaklah sebaik-baiknya mempergunakan kesempatan dengan membelanjakan harta melaksanakan ibadah korban dengan penuh keikhlasan kerana ianya akan mendatangkan pahala dan ganjaran yang amat bernilai di sisi Allah di akhirat kelak. Dalam sebuah hadis Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:
"Korban itu untuk yang membuatnya dibalas oleh Allah dengan pahala setiap helai bulu satu kebajikan." - riwayat Ibnu Majah.
Sekian.