Sunday, November 9, 2008

Sunday, October 26, 2008

Wednesday, October 22, 2008

Ahad 29 Syaaban 1429H

Firman Allah S. W. T.;

"Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran."

- al Baqarah, ayat 109

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah talak."

Sabtu 28 Syaaban 1429H

Jumaat 27 Syaaban 1429H

Tuesday, July 15, 2008

Selasa 6 Jumadilakhir 1429H


Isnin 5 Jumadilakhir 1429H

ASAS KERUKUNAN ISLAM

RUKUN ISLAM

- Mengucap Dua Kalimah Syahadat
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi muhammad itu adalah pesuruhNya".
Dengan syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan Yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan nabi Muhammad s.a.w iut adalah pesuruhNya.

- Solat Lima Waktu Sehari Semalam
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh nabi Muhammad s.a.w.

- Mengeluarkan Zakat
Dengan zakat, kita mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

- Berpuasa di Bulan Ramadan
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

- Mengerjakan Haji di Baitullah
Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah s.w.t dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Ahad 4 Jumadilakhir 1429H

Sabtu 3 Jumadilakhir 1429H

Wednesday, July 2, 2008

Khamis 23 Jamadilawal 1429H

HIKMAH DAN GANJARAN.

KELEBIHAN BERZIKIR

- Mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan

- Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan

- menyibukkan lidah supaya tiada masa untuk mengumpat atau bercakap yang sia-sia

- mendatangkan kelapangan pada hati dan kelapangan dada

- Mewariskan kecintaan Allah pada dirinya

- Dapat meneguhkan hati dan menguatkan iman

- Menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hati

- untuk mendapatkan keredaan Allah dan rahmatNya

- Untuk mendapatkan rezeki yang berkat

- Akan diingati oleh Allah seperti firmanNya "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku akan mengingatimu."

-renungan.....

Rabu 22 Jumadilawal 1429H

Selasa 21 Jamadilawal 1429H

KELEBIHAN BERSELAWAT

- Allah akan menggandakan limpah kurnia serta rahmatNya pada orang tersebut

- Akan beroleh syafaat dari Rasulullah pada hari kiamat kelak

- Satu kali selawatyang dibacakan, Allah akan membacakan untuknya sebanyak 10 kali

- Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh yang kotor yang berselaput di dalam dada

- Membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah

- Mewariskan kecintaan Rasulullah pada umatnya

- Memantapkan iman di dalam dada

- Malaikat juga akan membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah

- Seseorang itu akan terpelihara dan terselamat dari segala apa yang mendukacitakan atau yang merbahaya dari hal-hal keduniaan mahupun akhirat

- Kedudukannya di akhirat kelak sentiasa hampir di sisi Rasulullah walau di mana saja baginda berada

Isnin 20 Jamadilawal 1429H


Sunday, June 15, 2008

Sabtu 11 Jumadilawal 1429H

Jumaat 10 Jumadilawal 1429H

Khamis 9 Jumadilawal 1429H

Rabu 8 Jumadilawal 1429H

HAL-HAL LUAR BIASA

YANG BERLAKU PADA MANUSIA

MUKJIZAT

Perkara luar biasa yang berlaku pada rasul dan juga nabi bagi membuktikan akan kebenaran seruan mereka datangnya dari Allah dan ianya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun seperti tongkat nabi musa yang bertukar menjadi ular besar dan memakan semua ular tukang sihir.

KAROMAH

Perkara luar biasa yang berlaku pada mereka yang memiliki darjat ketakwaan yang tinggi terhadap Allah seperti telah tersedianya buah-buahan untuk Siti Maryam yang diturunkan dari langit walaupun bukan dalam musimnya.

MA’UNAH

Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang mukmin tanpa diusahakan ataupun ianya dipelajari melalui latihan yang tertentu seperti seseorang yang terjatuh dari bangunan yang tinggi tetapi ia tetap dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan.

SIHIR

Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang yang melakukan maksiat terhadap Allah dan ianya diperolehi dengan cara mempelajarinya yang menggunakan kuasa jin dan syaitan seperti tukang-tukang sihir di zaman nabi Musa di mana tali yang mereka pintal boleh menjadi ular.

IRHAS

Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang yang bakal menjadi rasul seperti nabi isa yang dapat bercakap semasa beliau baru dilahirkan,

ISTIDRAJ

Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang yang menderhaka pada Allah ataupun orang kafir bagi mendorongnya lagi kea rah kesesatan

IHAANAH

Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang dan ia mendakwa dirinya menjadi nabi sedangkan ia bukanlah nabi seperti yang berlaku pada Musailamatul Kazzab yang cuba mengubati orang yang buta sebelah mata tetapi akhirnya orang itu terus buta kedua-dua belah matanya.