Tuesday, July 15, 2008

Isnin 5 Jumadilakhir 1429H

ASAS KERUKUNAN ISLAM

RUKUN ISLAM

- Mengucap Dua Kalimah Syahadat
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi muhammad itu adalah pesuruhNya".
Dengan syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan Yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan nabi Muhammad s.a.w iut adalah pesuruhNya.

- Solat Lima Waktu Sehari Semalam
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh nabi Muhammad s.a.w.

- Mengeluarkan Zakat
Dengan zakat, kita mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

- Berpuasa di Bulan Ramadan
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

- Mengerjakan Haji di Baitullah
Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah s.w.t dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

No comments: