HAL-HAL LUAR BIASA
YANG BERLAKU PADA MANUSIA
MUKJIZAT
Perkara luar biasa yang berlaku pada rasul dan juga nabi bagi membuktikan akan kebenaran seruan mereka datangnya dari Allah dan ianya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun seperti tongkat nabi musa yang bertukar menjadi ular besar dan memakan semua ular tukang sihir.
KAROMAH
Perkara luar biasa yang berlaku pada mereka yang memiliki darjat ketakwaan yang tinggi terhadap Allah seperti telah tersedianya buah-buahan untuk Siti Maryam yang diturunkan dari langit walaupun bukan dalam musimnya.
MA’UNAH
Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang mukmin tanpa diusahakan ataupun ianya dipelajari melalui latihan yang tertentu seperti seseorang yang terjatuh dari bangunan yang tinggi tetapi ia tetap dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan.
SIHIR
Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang yang melakukan maksiat terhadap Allah dan ianya diperolehi dengan cara mempelajarinya yang menggunakan kuasa jin dan syaitan seperti tukang-tukang sihir di zaman nabi Musa di mana tali yang mereka pintal boleh menjadi ular.
IRHAS
Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang yang bakal menjadi rasul seperti nabi isa yang dapat bercakap semasa beliau baru dilahirkan,
ISTIDRAJ
Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang yang menderhaka pada Allah ataupun orang kafir bagi mendorongnya lagi kea rah kesesatan
IHAANAH
Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang dan ia mendakwa dirinya menjadi nabi sedangkan ia bukanlah nabi seperti yang berlaku pada Musailamatul Kazzab yang
No comments:
Post a Comment