Firman Allah s. w. t ;
"dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus; maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa". -al An'aam : ayat 153
Sabda Rasulullah s. a. w ;
"Apabila kebaikanmu membuat mu gembira dan keburukan membuatmu susah, maka engkau seorang mukmin".
(Sahih. R. Ahmad dan Ibnu Hibban)
SAAT GEMBIRA SEORANG SUFI.
Setiap ujian yang datang adalah nikmat beginya, begitulah apa yang terjadi kepada seorang sufi Allah, Ibrahim Bin Adham. Ada yang bertanya kepadanya; "Apakah yang paling mengembirakan setelah memasuki dunia sufi ?"
Jawab Ibrahim, "Ya, ada dua kegembiraan selama aku hidup sebagai seorang sufi. Pertama. semasa aku menumpang sebuah perahu dengan memakai pakaian yang compang-camping, rambut yang kusut masai serta keadaan tubuh badan yang tidak terurus, tiba-tiba datang seorang lelaki lalu memaki hamun dan memukul aku".
"Aku sungguh gembira dengan peristiwa ini kerana merasakan diri ini terlalu hina. Keduanya, pada suatu malam aku tertidaur dalam sebuah masjid kerana terlalu letih. Tiba-tiba datang pengawal masjid lalu menarik kakiku dengan marahnya. Ia terus mencampakkan aku keluar dari masjid memalui tangga. Maka bergoleklah badanku dari tangga atas hingga ke bawah. Kepala aku berdarah dan kakiku patah. Pada setiap anak tangga aku jatuh, masuklah ilmu kerohanian ke dalam hatiku, dan ianya amat menggembirakan. Setelah jatuh pada anak tangga yang terakhir, aku rasa terlalu sedih kerana aku tidak akan merasakan nikmat sepertinya lagi pada masa-masa akan datang".
No comments:
Post a Comment