Thursday, April 19, 2007

Isnin 28 Rabiulawal 1428H

Disunatkan berpuasa pada hari Isnin.

Allah s. w. t berfirman :

"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya ? Kelak kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan siksaan yang buruk",
- al An' aam : ayat 157

Sabda Rasulullah s. a. w :

"Apabila salah seorang kamu mendengar seruan azan sedang makanan ditangannya maka janganlah ia berhenti sehingga ia menyelesaikan hajatnya".
- Sahih. R. Ahmad, Abu Dawud dan Hakim.


KENAPA IBRAHIM BIN ADHAM BERTAUBAT.

Pada suatu hari Ibrahim bin Adham telah keluar berburu dan setelah lama berada di atas kudanya, dia pun berhenti untuk berehat dan menjamah makanannya. Bila hendak dimasukkan sahaja ke dalam mulutnya tiba-tiba datang seekor burung gagak lalu menyambar rotinya itu. Kerana merasa marah, Ibrahim terus mengejar burung itu hinggalah ia sampai ke puncak bukit dan setelah ia mendekati burung itu, Ibrahim telah mendapati ada seorang lelaki yang telah terikat kedua tangan dan kakinya.

Ibrahim terus mendekati lelaki itu serta membuka ikatannya lalu bertanya,
"Kenapa kamu berada dalam keadaan begini ?"

Jawab lelaki itu,
"Sebenarnya aku adalah seorang saudagar dan aku telah dirompak lalu mereka mengikat aku dan aku dibiarkan dalam keadaan begini sudah tujuh hari. Dengan pertolongan Allah, burung gagak inilah yang selalu membawa makanan untuk aku. Burung ini akan bertenggek di atas bahuku sambil memotong roti lalu di masukkan ke dalam mulutku. Sesungguhnya Allah tidak membiarkan aku lapar walau seharipun dengan berkat pertolongan burung ini."

Selepas mendengar cerita lelaki itu, Ibrahim b. Adham pun terus bertaubat kepada Allah, lalu dia melucutkan pakaian kebesarannya dan digantikan dengan pakaian sufi. Dia juga telah memerdekakan semua hamba-hambanya serta mewakafkan semua harta dan tanah yang dimilikinya.











No comments: