LELAKI FASIK TETAPI DICINTAI ALLAH.
Seorang lelaki dari umat Nabi Musa suka melakukan kerja-kerja fasik dan tercela. Penduduk kampung itu sudah tidak tahan lagi dengan sikap serta perbuatannya lalu mengadu kepada Nabi Musa.
Berdoalah Nabi Musa kepada Allah s. w. t setelah buntu bagaimana hendak mengatasi masalah lelaki itu. Maka Allah pun mewahyukan kepada Nabi Musa agar lelaki itu dibuang daerah dan dibawa ke tempat yang sunyi tiada berpenghuni. Setelah beberapa hari lelaki itu tinggal bersendirian, tiba-tiba dia diserang penyakit.
Oleh kerana dia keseorangan dan tiada siapa untuk pergi mengadu maka mengadulah ia kepada Allah, katanya,
"Ya Tuhan ku ! Jika ibuku ada di sisiku sudah pasti ia tetap menyayangiku dan jika ayahku sudah tentu ia akan menolong memandikan dan mengkafanku".
"Jika isteriku berada bersamaku sudah tentu bercucuran air matanya melihatkan saat-saat perpisahan aku dengannya dan jika anak-anakku juga bersama sudah tentu mereka akan berdoa buatku, "Ya Allah, ampunilah segala dosa ayah kami, sesungguhnya dia di dalam keadaan putus asa tetapi janganlah Engkau putuskan Rahmat Mu darinya".
Selesai dari pengaduannya in maka lelaki in pun mati. Allapun mewahyukan kepada Nabi Musa,
"Wahai Musa ! Pegilah kamu ke tempat pembuangan lelaki dulu kerana di sana ada seorang waliKu telah meninggal".
Bila tiba di sana Musa melihat ada bidadari serta malaikat sedang mengelilingi sesuatu. Setelah nabi Musa melihat lelaki yang dimaksudkan itu, ia menjadi hairan lalu bertanya kepada Allah,
"Bukankah lelaki ini yang Engkau murkakan dulu ?"
Firman Allah,
"Benar wahai Musa, tetapi Aku amat kasihan kepadanya kerana rintihan penderitaannya sedang dia berjauhan dari keluarga pula. Oleh itu Aku kirimkan bidadari dan juga malaikat untuk menghiburkan hatinya. Wahai Musa ! Jika seseorang yang tidak berkeluarga mati maka semua penghuni langit dan bumi akan sama-sama bersedih kerana kasihan kepadanya. Sebab itu bagaimana mungkin Aku tidak kasihan kepadanya sedangkan AkuLah Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang dari segalanya."
No comments:
Post a Comment