Monday, June 25, 2007
Sunday, June 17, 2007
Jumaat 15 Jamadilawal 1428H
LELAKI FASIK TETAPI DICINTAI ALLAH.
Seorang lelaki dari umat Nabi Musa suka melakukan kerja-kerja fasik dan tercela. Penduduk kampung itu sudah tidak tahan lagi dengan sikap serta perbuatannya lalu mengadu kepada Nabi Musa.
Berdoalah Nabi Musa kepada Allah s. w. t setelah buntu bagaimana hendak mengatasi masalah lelaki itu. Maka Allah pun mewahyukan kepada Nabi Musa agar lelaki itu dibuang daerah dan dibawa ke tempat yang sunyi tiada berpenghuni. Setelah beberapa hari lelaki itu tinggal bersendirian, tiba-tiba dia diserang penyakit.
Oleh kerana dia keseorangan dan tiada siapa untuk pergi mengadu maka mengadulah ia kepada Allah, katanya,
"Ya Tuhan ku ! Jika ibuku ada di sisiku sudah pasti ia tetap menyayangiku dan jika ayahku sudah tentu ia akan menolong memandikan dan mengkafanku".
"Jika isteriku berada bersamaku sudah tentu bercucuran air matanya melihatkan saat-saat perpisahan aku dengannya dan jika anak-anakku juga bersama sudah tentu mereka akan berdoa buatku, "Ya Allah, ampunilah segala dosa ayah kami, sesungguhnya dia di dalam keadaan putus asa tetapi janganlah Engkau putuskan Rahmat Mu darinya".
Selesai dari pengaduannya in maka lelaki in pun mati. Allapun mewahyukan kepada Nabi Musa,
"Wahai Musa ! Pegilah kamu ke tempat pembuangan lelaki dulu kerana di sana ada seorang waliKu telah meninggal".
Bila tiba di sana Musa melihat ada bidadari serta malaikat sedang mengelilingi sesuatu. Setelah nabi Musa melihat lelaki yang dimaksudkan itu, ia menjadi hairan lalu bertanya kepada Allah,
"Bukankah lelaki ini yang Engkau murkakan dulu ?"
Firman Allah,
"Benar wahai Musa, tetapi Aku amat kasihan kepadanya kerana rintihan penderitaannya sedang dia berjauhan dari keluarga pula. Oleh itu Aku kirimkan bidadari dan juga malaikat untuk menghiburkan hatinya. Wahai Musa ! Jika seseorang yang tidak berkeluarga mati maka semua penghuni langit dan bumi akan sama-sama bersedih kerana kasihan kepadanya. Sebab itu bagaimana mungkin Aku tidak kasihan kepadanya sedangkan AkuLah Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang dari segalanya."

Rabu 13 Jamadilawal 1428H
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhENdM6qp95EpWQmTWTOMflsonWEf3XpEWIAcgLQiTE-IL-aBjUsJBEQnmmr6ICLuCsSaYvQfrnp50fXWBwcZjTS4x_HuOQkHbSVhd4Zg2w0O_Z7L7YlAqLHeg7Do9pk1O8fHFSnDxI9lmY/s400/Ashraf-Heera,-7th-IRCICA.jpg)
Firman Allah s. w. t. :
"Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya dari siksa. Allah Maha mengetahui apa yang mereka kerjakan".
-al Baqarah : ayat 96
Sabda Rasulullah s. a. w. :
"Bergembiralah kamu dan orang-orang di belakangmu, bahawa sesungguhnya barangsiapa bersaksi tiada Tuhan selain Allah dengan benar kesaksiannya ia masuk syurga".
-Sahih. Riwayat Ahmad dan Thabraani
Selasa 12 Jamadilawal 1428H
Allah s. w. t. berfirman :
"Dan barangsiapa yang menukar iman dengan kekafiran, maka sungguh orang itu telah sesat dari jalan yang lurus".
-al baqarah : ayat 108
Rasulullah s. a. w. bersabda :
"Laki-laki yang paling dimurkai Allah adalah yang bengis dan suka bermusuhan".
-sahih. Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmidzi dan Nasaai

Isnin 11 Jamadilawal 1428H
-disunatkan berpuasa.
Allah s. w. t. berfiman :
"maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka laknat Allahlah atas orang-orang yang ingkar itu".
- al baqarah : ayat 89
Rasulullah s. a. w. bersabda :
"Mulailah sedekah itu dengan orang yang menjadi tanggunganmu".
- Sahih. Riwayat Thabraani

Thursday, June 14, 2007
Sabtu 9 Jamadilawal 1428H
AR RAHMAN - bacakan 100 kali setiap hari akan mempunyai daya penarik hingga orang suka kepada kita.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5zsjvaO1Kdd8VelBbsB70FCwOZs9D_MOz_SHKLVeKnvh0V92l_FcqRla5M4EVDk5mR4XnfuOHMj042IIxwfwGtsXqeHhhyphenhyphenEY5vukeVLvbKKipNRVUcpJvbM1J4oyq0vSjVIWZkbaKxRx3/s400/jannatin01.jpg)
Allah s. w. t. berfirman :
"Dan mereka berkata : "Hati kami tertutup". Tetapi sebenarnya Allah telah mengutuk mereka kerana keingkaran mereka; maka sedikit sekali mereka yang beriman".
-al Baqarah : ayat 88
Rasulullah s. a. w. bersabda :
"Sedekah itu bermula dengan dirimu, kemudian keluargamu. Jika berlebihan maka untuk kerabatmu dan seterusnya".
-Sahih. Riwayat Nasaai

Rabu 6 jamadilawal 1428H
KHASIAT AYATUL QURSI.
- Untuk mendapatkan sesuatu hajat - bacalah ayat ini sebanyak 100 kali pada 2/3 malam selepas melakukan solat hajat kemudian bedoalah kepada Allah dan pohonkanlah apa-apa hajat yang diingini.
- Memohon keselamatan dalam perjalanan - sebelum keluar rumah bacalah ayat ini, insyaAllah dalam perjalanannya nanti ia tidak akan menemui apa-apa kesukaran atau mara bahaya disamping 70,000 malaikat mengiringinya.
- Menghapuskan dosa-dosa kecil - setiap kali selepas solat bacalah ayat ini, insyaAllah akan meluputkan segala dosa-dosa kecilnya melainkan dosa besar dan juga dosanya sesama makhluk.
- Menyembuh penyakit gila - bacakan ayat ini sebanyak 11 kali pada orang yang gila itu kemudian tiupkan pada kepalanya. Lakukannya hingga beberapa kali dengan penuh sabar, insyaAllah secara beransur-ansur akan dapat melihat perubahannya.
- InsyaAllah.....

Selasa 5 Jamadilawal 1428H
Firman Allah s. w. t.:
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."
-al Baqarah: ayat 42.
Sabda Rasulullah s. a. w:
"Datangilah undangan apabila kamu diundang."
-sahih, riwayat Muslim

Isnin 4 Jamadilawal 1428H
KHASIAT SURAH AL FATIHAH.
- Menghilangkan sifat lupa - Tuliskan surah ini pada sebiji pinggan dengan menggunakan pewarna yang halal, lalu tuangkan air padanya hingga tulisan itu larut kemudian barulah diminum atau diberikan minum pada orang yang pelupa. ulangilah beberapa kali dengan penuh keyakinana dan sabar, insyaAllah akan ditunjukkan hasilnya.
- Untuk memperolehi hikmah dan membersihkan hati - bacalah surah ini sebanyak 70 kali selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan berwuduk lalu ditiupkan pada air yang bersih lalu diminum airnya.
- menyembuhkan segala penyakit - bacalah surah ini sebanyak 40 kali pada air kemudian dibasuhkan kedua tangan, kaki dan kepala serta seluruh anggota badan. Setelah itu tuliskan surah ini dengan cara huruf yang terputus-putus dari Alif hinggalah ke Nun di akhir Al Fatihah kemudian dihapuskan dengan air lalu diberikan minum pada orang yang sakit, insyaAllah akan menampakkan hasilnya.
- menghilangkan bisa sengatan binatang - dibacakan surah ini sebanyak 7 kali pada air yang telah dicampurkan sedikit garam lalu diberikan minum kepada orang yang terkena sengatan binatang, insyaAllah akan menjadi tawar bisanya itu.
InsyaAllah ......cubalah.....

Saturday, June 9, 2007
Ahad 3 Jamadilawal 1428H
"Orang yang berjaya, maju dan patuh kepada perintah Allah ialah mereka yang sanggup berkorban masa, wang, jiwa dan raga dan kepentingan diri. Musuh utama kepada korban ialah syaitan yang sentiasa berusaha supaya manusia menyayangi perkara berharga."
Sabtu 2 Jamadilawal 1428H
Allah s. w. t telah berfirman:
"Dan tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Syaid dan orang-orang yang berlainan bersama-sama dengan dia dengan rahmat dari Kami, dan orang-orang yang zalim dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur, lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya."
- surah Huud : ayat 94.
Rasulullah s. a. w bersabda:
"Setiap kesulitan yang menimpa seorang muslim, maka hal itu akan jadi penghapus dosanya, walaupun hanya kerana tertusuk duri."
- Hadis riwayat Muslim.

Wednesday, June 6, 2007
Khamis 29 Rabiulakhir 1428H
-disunatkan berpuasa.
Firman Allah s. w. t. :
"Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk Ku, nescaya tiada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
-surah al Baqarah : ayat 38
Rasulullah s. a. w. bersabda :
"Aku minta dibukakan pintu syurga, maka bertanyalah penjaganya, "Siapa anda ?" Jawabku "Muhammad", lalu dia berkata, "Sesungguhnya aku diamanahkan supaya tidak membukakan (pintu syurga) untuk seseorang pun sebelum anda".
-sahih, R. Ahmad dan Muslim.

Rabu 28 Rabiulakhir 1428H
Allah s. w. t telah berfirman :
"Hai Bani Israil (kaum Nabi Yakub, seorang dikenali sebagai bangsa Yahudi), ingatlah akan nikmat Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu, dan penuhilah janjimu kepada Ku, nescaya Aku penuhi janji Ku kepadamu; dan hanya kepada Ku lah kamu harus takut (tunduk)."
-al Baqarah : ayat 40
Rasulullah s. a. w telah bersabda :
"Tanda iman adalah mencintai (para sahabat) Ansar, dan tanda kemunafikan adalah membenci (para sahabat) Ansar".
- Sahih. Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim.

Selasa 27 Rabiulakhir 1428H
Allah s. w. t telah berfirman :
"Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Quran) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayatKu dengan harga yang rendah, hanya kepada Akulah kamu harus bertaqwa."
-al Baqarah : ayat 41
Rasulullah s. a. w bersabda :
"Ada tiga tanda orang munafik; satu apabila berbicara ia dusta, dua apabila berjanji ia mungkir dan tiga apabila dipercayai ia khianat".
-Sahih. Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi.

Ahad 25 Rabiulakhir 1428H
Allah s. w. t. berfirman :
"Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan".
-al Baqarah : ayat 60
Rasulullah s. a. w. bersabda :
"Allah menolak taubat mereka yang membunuh orang mukmin".
-Sahih. Riwayat Thabraani

Sabtu 24 Rabiulakhir 1428H
Firman Allah s. w. t.:
"Dan (ingatlah) ketika kami berikan kepada Musa Al Kitab (Taurat) dan keterangan yang membezakan antara yang benar dan yang salah, agar kamu mendapat petunjuk".
-al Baqarah : ayat 53
Sabda Rasulullah s. a. w. :
"Izinkanlah orang-orang perempuan pada malam hari (pergi solat) di masjid".
-sahih. Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Tirmidzi.

Khamis 22 Rabiulakhir 1428H
-disunatkan berpuasa.
Firman Allah s. w. t. :
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahui".
- al baqarah : ayat 42.
Sabda Rasulullah s. a. w. :
"Sentiasalah kamu menggunakan minyak zaitun, sesungguhnya ia keluar dari kayu yang diberkati".
- Sahih. Riwayat Ibnu Majah, Hakim dan Baihaqi.

Rabu 21 Rabiulakhir 1428H
FIRMAN Allah s.w.t : "Hai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-henti (menimbulkan) kemudaratan kepadamu."
- ayat 118, surah Ali Imran.
Sabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila ada tiga orang, maka salah seorang mereka harus menjadi imam bagi yang lainnya, dan yang paling berhak sebagai imam adalah yang paling baik bacaannya."
- riwayat Muslim.
JIBRIL MENGUJI NABI IBRAHIM.
Apabila Allah mengangkat nabi Ibrahim sebagai kekasihNya, berkata para malaikat,"Sesungguhnya Ibrahim itu ada anak, isteri dan harta benda, sudah semestinya ia sendiri akan sibuk dengan hal-hal itu daripada mengingatiMu."
Allah berfirman,"Janganlah kamu memandang hambaKu dari segi kekayaannya tetapi pandanglah pada hati dan amalnya. Kalau kamu mahu mencubanya pergilah kamu kepadanya." Maka turunlah malaikat Jibril dalam rupa bentuk manusia lalu datang kepada Nabi Ibrahim, katanya,"Milik siapakah kambing yang banyak itu ?"
Waktu itu Nabi Ibrahim sedang mengembala kambingnya bersama 12,000 ekor serigala buruan. Bayangkan betapa banyaknya kambing yang dipelihara Nabi Ibrahim. Jawab Nabi Ibrahim, "Semuanya milik Allah, tatapi sekarang ia ditanganku."
"Bolehkah kamu beri seekor padaku sebagai hadiah ?" tanya Jibril. Jawab Nabi Ibrahim, "Berzikirlah kepada Allah, ambilahlah sepertiga darinya." Jibrilpun berzikir. Tambah Nabi Ibrahim, "Berzikirlah untuk kali ketiga dan keempat dan katakan dirimu itu hamba dengan itu kamu boleh ambil kesemua kambing ini berserta dengan pengembala dan serigala buruan sekali."
Allahpun berfirman, "Wahai Jibril ! bagaimana dengan kekasihKu itu ?" Jawab Jibril, "Ibrahim adalah sebaik-baik kekasih."
Jibril lalu menunjukkan rupanya yang asal dan berkata, "Aku tidak perlukan kambingmu ini, sebenarnya aku hendak mengujimu sahaja." Jawab nabi Ibrahim, "Aku adalah kekasih Allah, tidak akan aku ambil semula apa yang telah aku berikan."
Lalu Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Ibrahim agar kambing itu dijual dan wang yang diperolehi itu hendaklah diwakafkan.

Selasa 20 Rabiulakhir 1428H
KHASIAT BISMILLAH.
- Melariskan barang dagangan - bacalah ayat ini sehingga 786 kali setiap hari selama 7 hari berturut-turut. Semasa membacanya mestilah disertai dengan niat agar barang jualannya menjadi laris.
- Memohon bermacam-macam hajat - bacalah ayat ini sebanyak 12,000 kali dan pada setiap 1,000 kali bacalah selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w. Setelah sampai pada selawat yang ke 12 kali, berdoalahlah ke hadrat Allah s.w.t. InsyaAllah segalah ikhtiar ini akan diperkenanakan.
- Menghindari dari gangguan syaitan - bacalah ayat ini sebanyak 21 kali ketika hendak tidur. Setelah itu janganlah bercakap-cakap lagi sehinggalah terlelap. Amalkan setiap kali hendak tidur, insyaAllah akan terselamat dari segala bencana.
- Menimbulkan rasa kasih sayang - bacalah ayat ini sebanyak 786 kali pada segelas air lalu ditiupkan padanya kemudian minum. InsyaAllah akan disayangi. Boleh juga diberikan minum kepada sesiapa supaya lebih dikasihi orang lain, insyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)