Wednesday, June 6, 2007

Sabtu 24 Rabiulakhir 1428H

Firman Allah s. w. t.:

"Dan (ingatlah) ketika kami berikan kepada Musa Al Kitab (Taurat) dan keterangan yang membezakan antara yang benar dan yang salah, agar kamu mendapat petunjuk".
-al Baqarah : ayat 53

Sabda Rasulullah s. a. w. :

"Izinkanlah orang-orang perempuan pada malam hari (pergi solat) di masjid".
-sahih. Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Tirmidzi.

Jumaat 23 Rabiulakhir 1428H


Khamis 22 Rabiulakhir 1428H

-disunatkan berpuasa.

Firman Allah s. w. t. :

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahui".
- al baqarah : ayat 42.

Sabda Rasulullah s. a. w. :

"Sentiasalah kamu menggunakan minyak zaitun, sesungguhnya ia keluar dari kayu yang diberkati".
- Sahih. Riwayat Ibnu Majah, Hakim dan Baihaqi.

Rabu 21 Rabiulakhir 1428H

FIRMAN Allah s.w.t : "Hai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-henti (menimbulkan) kemudaratan kepadamu."

- ayat 118, surah Ali Imran.

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila ada tiga orang, maka salah seorang mereka harus menjadi imam bagi yang lainnya, dan yang paling berhak sebagai imam adalah yang paling baik bacaannya."

- riwayat Muslim.

JIBRIL MENGUJI NABI IBRAHIM.

Apabila Allah mengangkat nabi Ibrahim sebagai kekasihNya, berkata para malaikat,"Sesungguhnya Ibrahim itu ada anak, isteri dan harta benda, sudah semestinya ia sendiri akan sibuk dengan hal-hal itu daripada mengingatiMu."
Allah berfirman,"Janganlah kamu memandang hambaKu dari segi kekayaannya tetapi pandanglah pada hati dan amalnya. Kalau kamu mahu mencubanya pergilah kamu kepadanya." Maka turunlah malaikat Jibril dalam rupa bentuk manusia lalu datang kepada Nabi Ibrahim, katanya,"Milik siapakah kambing yang banyak itu ?"

Waktu itu Nabi Ibrahim sedang mengembala kambingnya bersama 12,000 ekor serigala buruan. Bayangkan betapa banyaknya kambing yang dipelihara Nabi Ibrahim. Jawab Nabi Ibrahim, "Semuanya milik Allah, tatapi sekarang ia ditanganku."

"Bolehkah kamu beri seekor padaku sebagai hadiah ?" tanya Jibril. Jawab Nabi Ibrahim, "Berzikirlah kepada Allah, ambilahlah sepertiga darinya." Jibrilpun berzikir. Tambah Nabi Ibrahim, "Berzikirlah untuk kali ketiga dan keempat dan katakan dirimu itu hamba dengan itu kamu boleh ambil kesemua kambing ini berserta dengan pengembala dan serigala buruan sekali."

Allahpun berfirman, "Wahai Jibril ! bagaimana dengan kekasihKu itu ?" Jawab Jibril, "Ibrahim adalah sebaik-baik kekasih."

Jibril lalu menunjukkan rupanya yang asal dan berkata, "Aku tidak perlukan kambingmu ini, sebenarnya aku hendak mengujimu sahaja." Jawab nabi Ibrahim, "Aku adalah kekasih Allah, tidak akan aku ambil semula apa yang telah aku berikan."

Lalu Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Ibrahim agar kambing itu dijual dan wang yang diperolehi itu hendaklah diwakafkan.

Selasa 20 Rabiulakhir 1428H

KHASIAT BISMILLAH.

- Melariskan barang dagangan - bacalah ayat ini sehingga 786 kali setiap hari selama 7 hari berturut-turut. Semasa membacanya mestilah disertai dengan niat agar barang jualannya menjadi laris.

- Memohon bermacam-macam hajat - bacalah ayat ini sebanyak 12,000 kali dan pada setiap 1,000 kali bacalah selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w. Setelah sampai pada selawat yang ke 12 kali, berdoalahlah ke hadrat Allah s.w.t. InsyaAllah segalah ikhtiar ini akan diperkenanakan.

- Menghindari dari gangguan syaitan - bacalah ayat ini sebanyak 21 kali ketika hendak tidur. Setelah itu janganlah bercakap-cakap lagi sehinggalah terlelap. Amalkan setiap kali hendak tidur, insyaAllah akan terselamat dari segala bencana.

- Menimbulkan rasa kasih sayang - bacalah ayat ini sebanyak 786 kali pada segelas air lalu ditiupkan padanya kemudian minum. InsyaAllah akan disayangi. Boleh juga diberikan minum kepada sesiapa supaya lebih dikasihi orang lain, insyaAllah.

Sunday, May 27, 2007

Isnin 19 Rabiulakhir 1428H



view inside masjidilharam.....

Thursday, May 24, 2007

Ahad 18 Rabiulakhir 1428H

Firman Allah s.w.t :
"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepadaNya, dan ketahuilah bahawa Allah maha Pengampun lagi Maha Penyantun".
- Al Baqarah : ayat 235.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Lengkapkanlah saf yang depan, lalu (saf) yang berikutnya, maka kalau ada yang kurang hendaklah itu dari saf yang akhir".
-sahih, riwayat Ahmad, Abu Dawud, Nasaai, Ibnu Hibban, Ibnu Huzaimah dan Diiyaa.